Monday, March 22, 2010

Suku Akhir Piala Muhibah

Syabas !!!! atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat suku akhir...
setelah berhempas pulas menghabiskan perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Bukit Tunggal terus mara ke suku akhir dan akan bertemu dengan pasukan Gong Badak.
Bukit Tunggal menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga ke3 manakala Gong Badak di tangga ke2.

Bukit Tunggal sudah beberapa kali berjumpa dengan pasukan Gong badak sebelum ini, rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada pasukan Bukit Tunggal kerana daripada 5 pertemuan Bukit Tunggal memenangi 4 manakala seri sekali.
Perlawanan ini di janka sengit memandangkan pasukan gong badak di perkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain import antaranya bekas pemain liga super terengganu akhir 90an dulu..

Tidak di nafikan perlawanan yang di tunggu ini akan menggamit kehadiran penonton untuk menyaksikan perlawan yang sengit ini,kerana ia juga pertama kali menemukan dua sahabat lama dalam pasukan terengganu dulu iaitu baharudin ali dengan wan doraimi..:-)

Ditambah pula Bukit Tunggal diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas pemain T-Team yang akan membantu barisan pertahanan bukit Tunggal.

untuk itu perlawanan tersebut akan berlasngsung

tarikh: 27/3/2010 (sabtu)
time: 5 petang
tempat: padang latihan stadium airport

pakat ramai2 datang...
go bukit tunggal...!!!!!!!!

Monday, March 8, 2010

PELENGKAP JADUAL..

salam sejahtera semua...

Oleh kerana mengalami sedikit masalah sebelum ni, baru hari ni blog ini dapat di update...

Selapas kemenangan ke atas pasukan G.sentul, Bukit Tunggal telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kejohanan piala Muhibah. Perlawanan seterusnya ataupun perlawanan terakhir peingkat kumpulan menentang Kesom boleh diibaratkan pelengkap jadual kerana Bukit Tunggal telah pun layak ke pringkat kalah mati ataupun suku akhir.

perlawanan menentang Kesom pada hari jumaat ini 12hb March bakal menetukan johan dan naib johan kumpulan. Diberitakan kapten pasukan tidak dapat diturunkan pada perlawanan akan datang kerana menghadapi beberapa masalah, untuk itu pengurus pasukan menyerahkan tugas itu kepada Mat Ali untuk menggalas tugas tersebut.

perlawanan menentang Kesom jumaat ini akan berlangsung di padang latihan Stadium Sultan Mizan gong Badak jam 5 petang...


jom ramai2 pakat sokong..
Bukit Tunggal Boleh...!!!