Monday, March 8, 2010

PELENGKAP JADUAL..

salam sejahtera semua...

Oleh kerana mengalami sedikit masalah sebelum ni, baru hari ni blog ini dapat di update...

Selapas kemenangan ke atas pasukan G.sentul, Bukit Tunggal telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kejohanan piala Muhibah. Perlawanan seterusnya ataupun perlawanan terakhir peingkat kumpulan menentang Kesom boleh diibaratkan pelengkap jadual kerana Bukit Tunggal telah pun layak ke pringkat kalah mati ataupun suku akhir.

perlawanan menentang Kesom pada hari jumaat ini 12hb March bakal menetukan johan dan naib johan kumpulan. Diberitakan kapten pasukan tidak dapat diturunkan pada perlawanan akan datang kerana menghadapi beberapa masalah, untuk itu pengurus pasukan menyerahkan tugas itu kepada Mat Ali untuk menggalas tugas tersebut.

perlawanan menentang Kesom jumaat ini akan berlangsung di padang latihan Stadium Sultan Mizan gong Badak jam 5 petang...


jom ramai2 pakat sokong..
Bukit Tunggal Boleh...!!!

No comments:

Post a Comment