Monday, March 22, 2010

Suku Akhir Piala Muhibah

Syabas !!!! atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat suku akhir...
setelah berhempas pulas menghabiskan perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Bukit Tunggal terus mara ke suku akhir dan akan bertemu dengan pasukan Gong Badak.
Bukit Tunggal menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga ke3 manakala Gong Badak di tangga ke2.

Bukit Tunggal sudah beberapa kali berjumpa dengan pasukan Gong badak sebelum ini, rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada pasukan Bukit Tunggal kerana daripada 5 pertemuan Bukit Tunggal memenangi 4 manakala seri sekali.
Perlawanan ini di janka sengit memandangkan pasukan gong badak di perkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain import antaranya bekas pemain liga super terengganu akhir 90an dulu..

Tidak di nafikan perlawanan yang di tunggu ini akan menggamit kehadiran penonton untuk menyaksikan perlawan yang sengit ini,kerana ia juga pertama kali menemukan dua sahabat lama dalam pasukan terengganu dulu iaitu baharudin ali dengan wan doraimi..:-)

Ditambah pula Bukit Tunggal diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas pemain T-Team yang akan membantu barisan pertahanan bukit Tunggal.

untuk itu perlawanan tersebut akan berlasngsung

tarikh: 27/3/2010 (sabtu)
time: 5 petang
tempat: padang latihan stadium airport

pakat ramai2 datang...
go bukit tunggal...!!!!!!!!

Monday, March 8, 2010

PELENGKAP JADUAL..

salam sejahtera semua...

Oleh kerana mengalami sedikit masalah sebelum ni, baru hari ni blog ini dapat di update...

Selapas kemenangan ke atas pasukan G.sentul, Bukit Tunggal telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kejohanan piala Muhibah. Perlawanan seterusnya ataupun perlawanan terakhir peingkat kumpulan menentang Kesom boleh diibaratkan pelengkap jadual kerana Bukit Tunggal telah pun layak ke pringkat kalah mati ataupun suku akhir.

perlawanan menentang Kesom pada hari jumaat ini 12hb March bakal menetukan johan dan naib johan kumpulan. Diberitakan kapten pasukan tidak dapat diturunkan pada perlawanan akan datang kerana menghadapi beberapa masalah, untuk itu pengurus pasukan menyerahkan tugas itu kepada Mat Ali untuk menggalas tugas tersebut.

perlawanan menentang Kesom jumaat ini akan berlangsung di padang latihan Stadium Sultan Mizan gong Badak jam 5 petang...


jom ramai2 pakat sokong..
Bukit Tunggal Boleh...!!!

Friday, February 26, 2010

KEMENANGAN KETIGA...

Salam sejahtera semua..

Perlawanan ketiga pasukan Bukit Tunggal menentang pasukan Gong Sentol..kemenangan berpihak kepada team Bukit Tunggal dengan jaringan 4-2, kemenangan kedua ini memberikan Bukit Tunggal 6 mata terkumpul dan berpeluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir dan menutup terus peluang pasukan Gong Sentol untuk mencipta kejutan di kejohanan ini..ia kekalahan keempat berturut-turut kepada GOng Sentol. Dengan keadaan cuaca yang agak panas rasa mcm nak galas je air batu kat belakang itulah gambaran cuaca ketika itu tidak melemahkan semangat pasukan Bukit Tunggal untuk beraksi.

Sekali lagi tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal kerana memenangi perlawanan tersebut.
untuk anda yang ingin memberi komen silakan..

untuk perlawanan seterusnya saya akan update semula...

Sunday, February 21, 2010

kembali gegar...

Keadaan kembali stabil selepas kejohanan Piala MB yang mana Bukit Tunggal telah mendapat tempat keempat dibelakang Tepoh. Terima kasih kepada yang telah terlibat mengendalikan pasukan Bukit Tunggal ketika kejohanan tersebut berlangsung.

SEKALIPUN pelbagai kritikan dilemparkan, Bukit tunggal sudah memastikan kemenangan pertama pada piala muhibah yang berlangsung 15hb tempoh hari..pengurus merangkap jurulatih pasukan zulkifli ghani menegaskan pasukan cukup cergas untuk turun menentang Gong Sentul yang di ketuai oleh pemain senior 'Usop Merah', gelaran yang sudah sinonim dengan kelincahannya. Beliau juga menegaskan pemain-pemain yang berlagak 'Star" mungkin akan disisihkan daripada skuad yang mana acap kali di beri amaran tetapi masih degil dan disiplin yang agak teruk. Oleh itu pengurus yakin dengan pemain yang sedia ada untuk mengharungi perlawanan yang berlangsung hari jumaat ini di padang latihan stadium.

Pengurus pasukan Alfa menjelaskan kalah dan menang adat pertandingan tetapi untuk perlawanan jumaat ini menentang Gong Sentul adalah bukan sahaja keputusan yang penting tetapi meruah kedua-dua pasukan. Atas kertas Bukit Tunggal menjadi pilihan tetapi kata orang bola itu bulat dan apa-apa pun boleh berlaku.

Menurut pembantu pengurus atau nama ringkasnya pak cang,Bukit Tunggal yang di perkuat kan dengan muka baru dan lama pada kejohanan ini. ini akan memberi sedikit kelebihan kepada Bukit Tunggal.

Untuk itu, jom kita ramai-ramai pergi menyaksikan perlawanan yang di tunggu-tunggu ini.
D'tunggal...

Wednesday, February 17, 2010

SEKITAR GAME PIALA MUHIBAH..















tenang sedikit...yang penting kerjasama...
















kata dua di berikan oleh pengurus kita sebelum
masuk separuh masa kedua...pakai topi koyal bangat...















penjaring gol kita...anuar 'mayat'...kangkang skit
lagi bosss...no 15 steady nampak....huhu















Separuh masa pertama yang meletihkan sebab cuaca
panas lagi masa tu...

Monday, February 15, 2010

Kemenangan menjelma...

Perlawanan Kedua peringkat kumpulan piala Muhibah berpihak kepada pasukan Bukit Tunggal apabila membelasah pasukan Telaga Daing 4-1 yang berlangsung di padang Latihan Stadium dengan keadaan cuaca yang boleh dikatakan agak panas.
Menurut pengurus pasukan, Zulkifli (peli) Kemenangan menjelma hasil kerjasama berpasukan dan membolehkan pasukan mengumpul 3 mata berharga..
Perlawanan seterusnya akan dimaklumkan kemudian...

Sunday, February 14, 2010

Piala Muhibah...

salam sejahtera...

Piala Muhibah diperkenalkan sejak dari tahun 90an lagi..banyak pasukan samada dari daerah ini dan daerah lain yang menyertai kejohanan ini dan tidak ketinggalan juga pasukan Bukit Tunggal yang menyertai kejohanan ini sejak ia diperkenalkan dulu..

Hari ini 14hb feb 2010,Bukit Tunggal telah memulakan perlawanan pertama dengan menentang pasukan pilihan Teluk Pasu.Langkah kiri diambil oleh pasukan ini dengan menerima kekalahan pertama,tetapi dengan format yang agak pelik daripada 5 pasukan setiap kumpulan, 4 pasukan teratas akan layak keperinglat suku akhir, bermakna mungkin peluang yang agak besar untuk Bukit Tunggal layak ke peringkat kalah mati..Dalam sejarah Bukit Tunggal tidak pernah ketinggalan untuk ke peringkat suku akhir.

Untuk perlawanan seterusnya Bukit Tunggal akan menetang pasukan Telaga Daing.
Untuk makluman perlawanan berlangsung di padang latihan stadium gong badak.
detail:
Bukit Tunggal vs Telaga Daing
jam 5 petang
15hb feb 2010

Ayuh Bukit Tunggal...Try the best..