Monday, March 22, 2010

Suku Akhir Piala Muhibah

Syabas !!!! atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat suku akhir...
setelah berhempas pulas menghabiskan perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Bukit Tunggal terus mara ke suku akhir dan akan bertemu dengan pasukan Gong Badak.
Bukit Tunggal menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga ke3 manakala Gong Badak di tangga ke2.

Bukit Tunggal sudah beberapa kali berjumpa dengan pasukan Gong badak sebelum ini, rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada pasukan Bukit Tunggal kerana daripada 5 pertemuan Bukit Tunggal memenangi 4 manakala seri sekali.
Perlawanan ini di janka sengit memandangkan pasukan gong badak di perkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain import antaranya bekas pemain liga super terengganu akhir 90an dulu..

Tidak di nafikan perlawanan yang di tunggu ini akan menggamit kehadiran penonton untuk menyaksikan perlawan yang sengit ini,kerana ia juga pertama kali menemukan dua sahabat lama dalam pasukan terengganu dulu iaitu baharudin ali dengan wan doraimi..:-)

Ditambah pula Bukit Tunggal diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas pemain T-Team yang akan membantu barisan pertahanan bukit Tunggal.

untuk itu perlawanan tersebut akan berlasngsung

tarikh: 27/3/2010 (sabtu)
time: 5 petang
tempat: padang latihan stadium airport

pakat ramai2 datang...
go bukit tunggal...!!!!!!!!

Monday, March 8, 2010

PELENGKAP JADUAL..

salam sejahtera semua...

Oleh kerana mengalami sedikit masalah sebelum ni, baru hari ni blog ini dapat di update...

Selapas kemenangan ke atas pasukan G.sentul, Bukit Tunggal telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kejohanan piala Muhibah. Perlawanan seterusnya ataupun perlawanan terakhir peingkat kumpulan menentang Kesom boleh diibaratkan pelengkap jadual kerana Bukit Tunggal telah pun layak ke pringkat kalah mati ataupun suku akhir.

perlawanan menentang Kesom pada hari jumaat ini 12hb March bakal menetukan johan dan naib johan kumpulan. Diberitakan kapten pasukan tidak dapat diturunkan pada perlawanan akan datang kerana menghadapi beberapa masalah, untuk itu pengurus pasukan menyerahkan tugas itu kepada Mat Ali untuk menggalas tugas tersebut.

perlawanan menentang Kesom jumaat ini akan berlangsung di padang latihan Stadium Sultan Mizan gong Badak jam 5 petang...


jom ramai2 pakat sokong..
Bukit Tunggal Boleh...!!!

Friday, February 26, 2010

KEMENANGAN KETIGA...

Salam sejahtera semua..

Perlawanan ketiga pasukan Bukit Tunggal menentang pasukan Gong Sentol..kemenangan berpihak kepada team Bukit Tunggal dengan jaringan 4-2, kemenangan kedua ini memberikan Bukit Tunggal 6 mata terkumpul dan berpeluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir dan menutup terus peluang pasukan Gong Sentol untuk mencipta kejutan di kejohanan ini..ia kekalahan keempat berturut-turut kepada GOng Sentol. Dengan keadaan cuaca yang agak panas rasa mcm nak galas je air batu kat belakang itulah gambaran cuaca ketika itu tidak melemahkan semangat pasukan Bukit Tunggal untuk beraksi.

Sekali lagi tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal kerana memenangi perlawanan tersebut.
untuk anda yang ingin memberi komen silakan..

untuk perlawanan seterusnya saya akan update semula...

Sunday, February 21, 2010

kembali gegar...

Keadaan kembali stabil selepas kejohanan Piala MB yang mana Bukit Tunggal telah mendapat tempat keempat dibelakang Tepoh. Terima kasih kepada yang telah terlibat mengendalikan pasukan Bukit Tunggal ketika kejohanan tersebut berlangsung.

SEKALIPUN pelbagai kritikan dilemparkan, Bukit tunggal sudah memastikan kemenangan pertama pada piala muhibah yang berlangsung 15hb tempoh hari..pengurus merangkap jurulatih pasukan zulkifli ghani menegaskan pasukan cukup cergas untuk turun menentang Gong Sentul yang di ketuai oleh pemain senior 'Usop Merah', gelaran yang sudah sinonim dengan kelincahannya. Beliau juga menegaskan pemain-pemain yang berlagak 'Star" mungkin akan disisihkan daripada skuad yang mana acap kali di beri amaran tetapi masih degil dan disiplin yang agak teruk. Oleh itu pengurus yakin dengan pemain yang sedia ada untuk mengharungi perlawanan yang berlangsung hari jumaat ini di padang latihan stadium.

Pengurus pasukan Alfa menjelaskan kalah dan menang adat pertandingan tetapi untuk perlawanan jumaat ini menentang Gong Sentul adalah bukan sahaja keputusan yang penting tetapi meruah kedua-dua pasukan. Atas kertas Bukit Tunggal menjadi pilihan tetapi kata orang bola itu bulat dan apa-apa pun boleh berlaku.

Menurut pembantu pengurus atau nama ringkasnya pak cang,Bukit Tunggal yang di perkuat kan dengan muka baru dan lama pada kejohanan ini. ini akan memberi sedikit kelebihan kepada Bukit Tunggal.

Untuk itu, jom kita ramai-ramai pergi menyaksikan perlawanan yang di tunggu-tunggu ini.
D'tunggal...

Wednesday, February 17, 2010

SEKITAR GAME PIALA MUHIBAH..















tenang sedikit...yang penting kerjasama...
















kata dua di berikan oleh pengurus kita sebelum
masuk separuh masa kedua...pakai topi koyal bangat...















penjaring gol kita...anuar 'mayat'...kangkang skit
lagi bosss...no 15 steady nampak....huhu















Separuh masa pertama yang meletihkan sebab cuaca
panas lagi masa tu...

Monday, February 15, 2010

Kemenangan menjelma...

Perlawanan Kedua peringkat kumpulan piala Muhibah berpihak kepada pasukan Bukit Tunggal apabila membelasah pasukan Telaga Daing 4-1 yang berlangsung di padang Latihan Stadium dengan keadaan cuaca yang boleh dikatakan agak panas.
Menurut pengurus pasukan, Zulkifli (peli) Kemenangan menjelma hasil kerjasama berpasukan dan membolehkan pasukan mengumpul 3 mata berharga..
Perlawanan seterusnya akan dimaklumkan kemudian...

Sunday, February 14, 2010

Piala Muhibah...

salam sejahtera...

Piala Muhibah diperkenalkan sejak dari tahun 90an lagi..banyak pasukan samada dari daerah ini dan daerah lain yang menyertai kejohanan ini dan tidak ketinggalan juga pasukan Bukit Tunggal yang menyertai kejohanan ini sejak ia diperkenalkan dulu..

Hari ini 14hb feb 2010,Bukit Tunggal telah memulakan perlawanan pertama dengan menentang pasukan pilihan Teluk Pasu.Langkah kiri diambil oleh pasukan ini dengan menerima kekalahan pertama,tetapi dengan format yang agak pelik daripada 5 pasukan setiap kumpulan, 4 pasukan teratas akan layak keperinglat suku akhir, bermakna mungkin peluang yang agak besar untuk Bukit Tunggal layak ke peringkat kalah mati..Dalam sejarah Bukit Tunggal tidak pernah ketinggalan untuk ke peringkat suku akhir.

Untuk perlawanan seterusnya Bukit Tunggal akan menetang pasukan Telaga Daing.
Untuk makluman perlawanan berlangsung di padang latihan stadium gong badak.
detail:
Bukit Tunggal vs Telaga Daing
jam 5 petang
15hb feb 2010

Ayuh Bukit Tunggal...Try the best..

Thursday, February 11, 2010

Disebalik Kejayaan...

Disebalik Kejayaan dan penglibatan Pasukan Bukit Tunggal dalam beberapa kejohanan sebelum ini.Antara yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran pembabitan Pasukan Bukit Tunggal dalam beberapa kejohanan sebelum ini adalah Pejabat DUN Bukit Tunggal atau lebih tepat lagi orang penting di Pejabat DUN Bukit Tunggal iaitu Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Tunggal,Haji Ismail.
Dengan keadaan ekonomi yang boleh dikatakan agak tidak stabil sekarang ini,Pasukan Bukit Tunggal dapat juga meneruskan pembabitan mereka dalam beberapa kejohanan besar hasil sumbangan daripada beliau.
Pejabat DUN juga dapat membekalkan jersi untuk pasukan Bukit Tunggal,dengan itu ia akan dapat menyemarakkan lagi semangat pemain bermain di kejohanan yang disertai.

Beberapa nama yang juga memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan pasukan Bukit Tunggal selama ini...mereka ini berkerja keras untuk memastikan Pasukan Bukit Tunggal ini terus maju dan tidak berkubur begitu sahaja seperti beberapa kejadian yang menimpa pasukan lain..antaranya ialah Zulkifli Ghani,Alfa Alias,Pokcang...meraka boleh dikatakan orang yang berkepentinagn dalam Pasukan Bukit Tunggal..Tanpa mereka mungkin tiada lagi kelibat pasukan Bukit Tunggal di arena kejohanan bola sepak Terengganu kursusnya di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus..
Mereka ini berkerja keras dalam mengendalikan,menguruskan kewangan dan juga mencari sponsor untuk pasukan ini dan juga menyediakan apa sahaja kemudahan yang dinikmati sebelum ini...

Kelibat mereka ini juga begitu penting kerana berjaya mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan. Generasi demi generasi bersilih ganti,namun dengan semangat yang ada pada mereka ini dapat menyelamatkan pasukan daripada terus berkubur begitu sahaja walaupun tanpa infranstruktur yang lengkap.Saudara sedia maklum jika dulu padang bola Sekolah Bukit Tunggal menjadi medan tempat latihan, namun itu dulu...walaupun demikian ia tidak mematahkan semangat yang ada pada pasukan Bukit Tunggal untuk terus maju walaupun generasi demi generasi bertukar...

Akhir kata selagi ada usaha dan kerjasama selagi itu lah pasukan ini terus maju...

Wednesday, February 10, 2010

Tempat ke-3 dan ke-4

Salam sejahtera semua...

Untuk pengetahuan semua, hari jumaat 12/2/2010 akan berlangsung perlawanan piala MB bagi menentukan tempat ke 3 dan ke 4..Bukit tunggal akan menentang pasukan wakaf tengah bakal berentap untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk memiliki tempat ke 3 dan ke 4.

Untuk member2 semua dan yang telah membaca info ini, jom pakat g ramai2 tengok di padang bola Tok Jiring.jam 5 petang.

sekian...

bukit tunggal boleh..!!!!

Kemuncak Piala MB..

Tepoh A, Seberang Takir B mara akhir

Dua pasukan bola sepak Parlimen Kuala Nerus mara peringkat negeri Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar yang dijadualkan berlangsung Mac depan. Dua pasukan berkenaan adalah pasukan Tepoh A dan Seberang Takir B.

Pada kejohanan peringkat Parlimen, sebanyak lapan pasukan iaitu dua pasukan pilihan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerus berentap.

Empat pasukan terbaik dapat meneruskan ke peringkat separuh akhir iaitu Wakaf Tengah,Bukit Tunggal,Tepoh A, Seb. Takir B.
Namun, Tepoh A dan Seberang Takir B lebih menyerlah: apabila berjaya membenam pasukan lain untuk terus mara ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Khairuldin Majid berkata, pasukan yang terpilih diharap mampu menggalas cabaran meraih juara pada peringkat negeri.

“Memang pasukan yang terpilih adalah pasukan terhebat di Parlimen ini. Justeru, dengan peluang diberikan, kami harap pemain kedua-dua pasukan dapat menghadapi perlawanan peringkat negeri dengan bersungguh-sungguh sehingga mampu menjadi juara,” katanya.

Menurutnya, dengan persembahan ditunjukkan pada peringkat Parlimen, pihaknya yakin pasukan pilihan berkenaan mampu memberi saingan hebat, sekali gus muncul juara peringkat Parlimen.

“Jika pemain kekal de-ngan kecergasan dan stamina ditunjukkan, saya yakin mereka mampu menyerlah,” katanya.

Perlawanan akhir peringkat Parlimen antara kedua-dua pasukan akan berlangsung Sabtu ini.

Johan menerima tunai RM1,500, naib johan RM1,000, tempat ketiga RM700 dan tempat keempat RM500.

Hadiah disampaikan Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.

Monday, February 8, 2010

KeNaNGan SiLaM...

Salam sejahtera kepada kawan-kawan..saje je nk kongsi pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila2 pun...sy ingin berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 semua samada yang terbabit sama dalam kejohanan ini mahu pun yang sekadar ingin merasai sama detik-detik ataupun kenagan manis hampir 10 tahun dulu.

Antara Kejayaan Bukit Tunggal yang menjadi kenangan manis apabila menjuarai kejohanan 9 sebelah Anjuran TIME CEll pada tahun 2001.kejohanan tersebut telah disertai oleh kebanyakan pasukan terkenal dan cukup kuat pada masa itu antara nya DJ Square,Pendidikan,Petronas.

sebanyak 64 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Skuad Emas Bukit Tunggal ini ini hanya di letak sebagai 'Underdog'. Tanpa diduga satu persatu pasukan pilihan ditewaskan seterusnya dapat memenangi kejohanan tersebut dan lebih manis lagi apbila penjaga gol pasukan Bukit Tunggal iaitu Aziman telah memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan dan juga pemain terbaik

kejohanan. Lebih manis juga apabila pasukan Bukit Tunggal dapat mewakili negeri Terengganu ke kejohanan Grand final di Petaling Jaya anjuran Time Cell yang menawarkan hadiah berjumlah RM30000.

Skuad yang memenangi kejohanan TIME CELL 2001 di padang ILP Gong Badak..

Aziman (keeper) -Peli babas (bek kanan)

Mat Ali (bek tengah) -Mamat (bek tengah)

Awang Gong Setul (bek kiri)

Din Pok Katok (tengah) -Tana (tengah)

Rosli Majid (stopa) (tengah)

Jamil (striker) -Mat Isa (striker)

Sang (striker)

Pengurus Pasukan - Zulkifli (peli gembo)


Sebahagian daripada gambar semasa lawatan dan semasa kejohanan TIME CELL di Petaling Jaya.















Berenti rehat kat Genting Sempah














Berenti rehat kat Highway Karak.














Pasukan tiba di perkarangan stadium MPPJ.













Pintu masuk stadium MPPJ














Baru satu game main..letih nya...menentang pasukan dari johor.














Releks dulu sambil tengok game lain yang tengah main.














Menentang pasukan dari johor.Bukit Tunggal menang
dengan jaringan 3-1.














Menang lawan team biru ni..team dari johor..
lawan seterusnya pasukan dari kelantan...














Jalan-jalan cari makan kat kompleks














ada je yang x kena budak2 ni...Usop tengoh bertapa

sebab nk lawan team kelantan esok..!!!















nk tdo pun sempat lagi bergambar...

Saturday, February 6, 2010

Esok masih ada....

Walaupun tewas di tangan Seb. Takir di peringkat separuh akhir piala parlimen,namun ia bukan penghalang untuk Bukit Tunggal terus bangkit.Kekalahan itu akan di jadikan pengalaman berguna untuk mengemaskinikan mana2 tempat yang longgar dan memperbaiki permainan kepada corak permainan yang lebih berkesan..Pengurus pasukan tidak melatakkan tekanan ke atas pemain disebalik kekalahan tersebut,sebaliknye memberi kata2 semangat dan pujian di sebalik kejayaan melayakkan dir kepringkat separuh akhir..Kalah dan menang tu adat pertandingan yang penting semangat untuk menang tu kena ada..Oleh itu ayuh Bukit Tunggal bangkit,bangkit...bangkit dengan semangat yang kental untuk satu lagi kejohanan bola sepak Piala Muhibah yang sedang berlangsung.untuk perlawanan membabitkan pasukan Bukit Tunggal iaitu pada 14hb 2 2010 bermain di padang tok jiring...sebarang maklumat sila rujuk pengurus pasukan (Peli gembo).
Untuk kejohanan ini Bukit Tunggal akan membariskan muka baru dan lama yang menggegarkan kejohanan ini..

Kejohanan : Piala Muhibah
padang : padang bola Tok Jiring
Masa : 5 ptg
peringkat liga
pengurus pasukan : peli gembo (0199759066)
: Alpa (0199145776)

Friday, February 5, 2010

Berakhir Disini...















Perlawanan separuh akhir berlangsung dengan keadaan agak sempurna, namun Perjuangan pasukan Bukit Tunggal pada Piala Parlimen berakhir di peringkat separuh akhir apabila ditewaskan pasukan Seb. Takir dengan jaringan 4-0..Keletihan dan kecergasan adalah punca utama pasukan Bukit Tunggal yang tidak dapat menandingi pasukan Seb. Takir yang begitu cergas mengamalkan corak serangan yang berkesan.ketiadaan pemain utama juga adalah punca pasukan seolah2 longlai di tengah padang,hantaran-hantaran yang tidak kemas juga menjadi punca utama...
kelebihan bermain di padang yang dikira serasi dengan permainan kasar seb takir tidak dipersia2 kan..
pemain Bukit Tunggal yang diturunkan pada perlawanan ini:-
Ali - Keeper
Matyam - bek kanan
Achik - bek tengah
Amir - bek tengah
Derul - bek kiri
Mat ali - tengah bertahan
Jamil - Tengah Menyerang
mie duyung - tengah kiri
ting - tengah kanan
meram - penyerang
fendi - penyerang
sub:
Adam - penyerang
Apih - bek kanan

Thursday, February 4, 2010

Separuh Akhir Piala Parlimen

Bukit Tunggal telah mewakili DUN Bukit Tunggal ke peringkat parlimen.Pada 8hb januari kejohanan bermula, Bukit Tunggal telah merasmikan kejohanan dengan perlawanan pembukaan mentang Teluk Pasu yang berlangsung di padang tok jiring.kejohan terbahagi kepada 2 kumpulan..kumpulan A terdiri daripada Bukit Tunggal,Teluk Pasu,Wakaf Tengah dan Batu rakit manakala kumpulan B terdiri daripada Seb. Takir, Tokjembal,Batu enam dan Gelung nibong. Bukit Perlawanan pembukaan Bukit Tunggal telah menewaskan pasukan Teluk Pasu dengan jaringan 1-0..manakala perlawanan kedua Bukit Tunggal kalah kepada pasukan pilihan wakaf Tengah dengan jaring 3-1.manakala perlawanan terakhir Bukit Tunggal telah menewaskan pasukan Batu Rakit dengan jaringan 2-1 dan telah melayakkan pasukan ini ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan satu lagi pasukan pilihan Seb. Takir..Separuh akhir berlangsung 5hb feb 2010 dipadang kem askar seb takir..

Piala DUN Bukit Tunngal

Bukit tunggal telah menyertai piala DUN Bukit Tunggal pada 15hb 12 2009...pada perlawanan yang dijalankan secara 9 sebelah itu belangsung di sekolah Men Bukit Tunggal selama 2 hari..Pada seminggu sebelum kejohahan,pengurus pasukan iaitu peli gembo telah mengumpul pemain2 yang akan bermain pada kejohanan berkenaan,ada juga halangan dan cabaran seperti pemain cedera,berkerja,ada juga yang bermain untuk team lain dan mungkin juga boleh di kategori kan berpaling tadah la..tetapi dengan kesungguhan yg ada pada beberapa pemain,team dapat di bentuk.. temasya dwitahunan Bukit tunggal bermula dan laluan Bukit boleh dikatakan mudah kalu di ikutkan di atas kertas...pusingan pertama Bukit tunggal menundukan gong sentul dengan 1-0.
Seterusnya bertemu gong sentul juga menang dengan jaringan yang sama...halangan terbesar bukit tunggal tiba di peringkat separuh akhir dan bertemu seteru utama iaitu batu enam,nasib tidak menyebelahi team bukit Tunggal. Bukit tunggal telah dikalahkan oleh batu 6 dengan jaringan 1-0. Kejohanan ini di menangi oleh team Batu 6 yang membawa pulang hadiah wang tunai rm700. Manakal Bukit Tunggal yang tewas separuh akhir telah menewaskan duyung untuk menduduki tempat ke 3 dan membawa pulang wang berjumlah rm300.

Sejarah Penglibatan Dalam FUTSAL

Bukit Tunggal telah ditubuhkan sejak zaman 80an dulu lagi,banyak kejayaan telah dicapai sehingga bukit tunggal menjadi pasukan yang dikenali ramai...generasi demi generasi yang membarisi skuad bukit tunggal,ada yang sudah bersara sepenuhnya dan ada lagi yang masih aktive sehingga sekarang..skuad pelapis sekarang boleh dikatakan tidak dapat menandingi skuad senior dulu yang banyak menaikan nama team bukit tunggal dan banyak mencipta nama dengan skuad Terengganu,tetapi kerana tidak pernah mengenal erti putus asa orang-orang kuat team bukit tunggal seperti zulkifli atau lebih di kenali peli gembo dan alpa,team bukit tunggal dapat mengekalkan momentum dan dapat menyaingi dan membabitkan diri dalam kejohanan2 yang besar walaupun tanpa sponsor dari mana-mana company yang besar.Sebagai seorang pengurus pasukan yang tidak pernah kenal erti jemu,beliau telah berjaya mengcunkil bakat-bakat baru yang berjaya di ketengahkan ke peringkat negeri.walau generasi demi generasi yang silih berganti sejak dari zaman 80an dulu nama bukit tunggal tidak pernah tercicir daripada menyertai kejohanan-kejohanan besar peringkat kampung,daerah malah negeri seklaipun..dengan bajet yang begitu terhad dan dengan adanya kredibility dua orang kuat team bukit tunggal ini,team ini akan kekal selagi mana ia di uruskan oleh beliau...

Antara kejayaan Team Bukit Tunggal tidak termasuk 11 sebelah:

*Johan kejohanan 7 sebelah anjuran Time Cell menewaskan DJ pd 2003-penjaga gol mohd Aziman Wahid telah di pilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

*Beraksi di kejohanan 7 sebelah di stadium Petaling Jaya anjuran Time Cell-kejohanan bernilai RM30000.

*Johan kejohanan Futsal anjuran Belia negeri tahun 2003

*N.johan kejohanan futsal anjuran belia negeri tahun 2004

*N.johan kejohanan futsal anjuran sabasum tahun 2007-kalah final kpd lagenda fc.

*Suku akhir kejonanan harian metro 2008 di sport planet Gong badak tetapi di protes oleh team sani united kerana menyenaraikan seorang pemain t-team, oleh kerana nama nya ada dalam senarai daftar,walaupun tidak bermain..