Keadaan kembali stabil selepas kejohanan Piala MB yang mana Bukit Tunggal telah mendapat tempat keempat dibelakang Tepoh. Terima kasih kepada yang telah terlibat mengendalikan pasukan Bukit Tunggal ketika kejohanan tersebut berlangsung.
SEKALIPUN pelbagai kritikan dilemparkan, Bukit tunggal sudah memastikan kemenangan pertama pada piala muhibah yang berlangsung 15hb tempoh hari..pengurus merangkap jurulatih pasukan zulkifli ghani menegaskan pasukan cukup cergas untuk turun menentang Gong Sentul yang di ketuai oleh pemain senior 'Usop Merah', gelaran yang sudah sinonim dengan kelincahannya. Beliau juga menegaskan pemain-pemain yang berlagak 'Star" mungkin akan disisihkan daripada skuad yang mana acap kali di beri amaran tetapi masih degil dan disiplin yang agak teruk. Oleh itu pengurus yakin dengan pemain yang sedia ada untuk mengharungi perlawanan yang berlangsung hari jumaat ini di padang latihan stadium.
Pengurus pasukan Alfa menjelaskan kalah dan menang adat pertandingan tetapi untuk perlawanan jumaat ini menentang Gong Sentul adalah bukan sahaja keputusan yang penting tetapi meruah kedua-dua pasukan. Atas kertas Bukit Tunggal menjadi pilihan tetapi kata orang bola itu bulat dan apa-apa pun boleh berlaku.
Menurut pembantu pengurus atau nama ringkasnya pak cang,Bukit Tunggal yang di perkuat kan dengan muka baru dan lama pada kejohanan ini. ini akan memberi sedikit kelebihan kepada Bukit Tunggal.
Untuk itu, jom kita ramai-ramai pergi menyaksikan perlawanan yang di tunggu-tunggu ini.
D'tunggal...
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment