Thursday, February 11, 2010

Disebalik Kejayaan...

Disebalik Kejayaan dan penglibatan Pasukan Bukit Tunggal dalam beberapa kejohanan sebelum ini.Antara yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran pembabitan Pasukan Bukit Tunggal dalam beberapa kejohanan sebelum ini adalah Pejabat DUN Bukit Tunggal atau lebih tepat lagi orang penting di Pejabat DUN Bukit Tunggal iaitu Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Tunggal,Haji Ismail.
Dengan keadaan ekonomi yang boleh dikatakan agak tidak stabil sekarang ini,Pasukan Bukit Tunggal dapat juga meneruskan pembabitan mereka dalam beberapa kejohanan besar hasil sumbangan daripada beliau.
Pejabat DUN juga dapat membekalkan jersi untuk pasukan Bukit Tunggal,dengan itu ia akan dapat menyemarakkan lagi semangat pemain bermain di kejohanan yang disertai.

Beberapa nama yang juga memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan pasukan Bukit Tunggal selama ini...mereka ini berkerja keras untuk memastikan Pasukan Bukit Tunggal ini terus maju dan tidak berkubur begitu sahaja seperti beberapa kejadian yang menimpa pasukan lain..antaranya ialah Zulkifli Ghani,Alfa Alias,Pokcang...meraka boleh dikatakan orang yang berkepentinagn dalam Pasukan Bukit Tunggal..Tanpa mereka mungkin tiada lagi kelibat pasukan Bukit Tunggal di arena kejohanan bola sepak Terengganu kursusnya di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus..
Mereka ini berkerja keras dalam mengendalikan,menguruskan kewangan dan juga mencari sponsor untuk pasukan ini dan juga menyediakan apa sahaja kemudahan yang dinikmati sebelum ini...

Kelibat mereka ini juga begitu penting kerana berjaya mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan. Generasi demi generasi bersilih ganti,namun dengan semangat yang ada pada mereka ini dapat menyelamatkan pasukan daripada terus berkubur begitu sahaja walaupun tanpa infranstruktur yang lengkap.Saudara sedia maklum jika dulu padang bola Sekolah Bukit Tunggal menjadi medan tempat latihan, namun itu dulu...walaupun demikian ia tidak mematahkan semangat yang ada pada pasukan Bukit Tunggal untuk terus maju walaupun generasi demi generasi bertukar...

Akhir kata selagi ada usaha dan kerjasama selagi itu lah pasukan ini terus maju...

No comments:

Post a Comment